The True Nature

Adakah kite selalu tidak menghargai, apa yang kite ade sekarang ,renungkan

Friday 28 October 2011

TeREngganu VS NO9oRi

erengganu jadi pilihan, NS mantap




KUALA LUMPUR – Terengganu menjadi pilihan untuk menjulang Piala Malaysia pada final di Stadium Shah Alam hari ini.
Namun, pengalaman beraksi pada perlawanan akhir serta dibarisi pemain berpengalaman, menjadikan harapan Negeri Sembilan tidak boleh diketepikan.
Itu ramalan jurulatih bola sepak negara menjelang aksi kemuncak bola sepak negara hari ini.
Bagi jurulatih Terengganu, Irfan Bakti, pasukannya mempunyai rangkaian pemain terbaik untuk menjulang Piala Malaysia buat kali kedua selepas kali terakhir pada 2001 ketika menewaskan Perak 2-1.
Jurulatih Negeri Sembilan, Mohd. Azraai Khor Abdullah pula lebih selesa jika pasukannya dilabel sebagai underdog.
Sebaliknya, dia menganggap Terengganu sebagai pasukan pilihan untuk menjulang Piala Malaysia pada final hari ini, berdasarkan prestasi skuad Penyu musim ini.
Menganggap Terengganu merupakan pasukan terbaik dalam saingan Liga Malaysia, Azraai berkata, rekod menjuarai Piala FA dan keupayaan muncul naib juara Liga Super membuktikan skuad Penyu merupakan pasukan yang lebih konsisten.


SEbagai pyokong skuad Peteh..marilah bersama kite ke Stadium shah alam...utuk memberi sokong..kpd team kite..Insyallah piala malaysia akan kembali semua ke Negri Terengganu..

No comments:

Post a Comment